Sejarah[sunting]
Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).
Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.
Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).
Rekod Kelab[sunting]
1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM1994 Juara Piala FAM
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Kelab paling lama menyertai saingan Piala Malaysia sejak penampilan pertama mereka pada 2000
2.PAHANG
Persatuan Bola Sepak Pahang merupakan persatuan yang menguruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia,kerana muncul Naib juara Liga Perdana 2012 dan muncul juara play-off ke Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan Penalti 3-2 setelah terikat 2-2
Pencapaian di Liga Malaysia[sunting]
Pertandingan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Malaysia | 1983, 1992 (2x) | 1984, 1994, 1995, 1997 (4x) |
Liga Malaysia | 2004 (1x) | |
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana | 1987, 1992, 1995, 1999 (4x) | 2012 (1x) |
Piala FA Malaysia | 2006 (1x) | 1995 (1x) |
Piala Sumbangsih | 1992, 1993 (2x) | 1985, 1988, 1995, 2007 (4x) |
- Piala AFC: 2 penyertaan
- Kejohanan Kelab ASEAN: 1 penampilan
-
- 2005: Naib Juara
3.SELANGOR DARUL EHSAN
Sejarah[sunting]
Selangor FA telah ditubuhkan pada 22 Februari 1936.Bagi kebanyakan abad ke-20, Singapura adalah lawan utama Selangor semenjak 1921 sebelum mereka berundur dari pertandingan Malaysia selepas kempen 1994. Sebagai mengimbas kembali permusuhan tradisi mereka, kedua-dua pasukan bertemu di dalam pertandingan Piala Sultan Selangor yang diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2002.
Dengan rekod 32 Piala Malaysia, 5 gelaran Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super, 2 gelaran Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana, 5 gelaran Piala FA dan 8 gelaran Piala Sumbangsih, Selangor adalah pasukan yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Pasukan ini telah memenangi treble dua kali pada tahun 2005 dan 2009. Treble pertama mengandungi Liga Perdana, PIala Malaysia dan Piala FA, manakala yang kedua mengandungi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Pada tahun 2010, mereka berjaya menyandang gelaran Liga Super.
Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .
Pencapaian
Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.
Pada 27 September 2008, pengurus Zakaria Ab Rahim telah menetapkan satu wawasan baru untuk Selangor yang dikenali sebagai Visi 2015. Matlamat wawasan itu adalah menjadikan Selangor berjaya.
3.KELANTAN DARUL IMAN
Sejarah Pasukan[sunting]
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia.Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.
Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.
Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.
Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[1]
Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar. [2]
Era Kebangkitan[sunting]
Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 5 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010 dan terbaru 2012.Era Ketua Jurulatih Peter James Butler[sunting]
Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.
Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan[sunting]
Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas mengejut kepada pasukan Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.[3][4]Era Datuk M. Karathu[sunting]
Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[5]. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[6]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC[sunting]
Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[7] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[8] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[9]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[10], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[11]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.Era Bojan Hodak[sunting]
Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.[12]Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.[13]
Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 [14] di Stadium Shah Alam.
Stadium[sunting]
Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia[sunting]
Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah[sunting]
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walaubagaimana pun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.Papan Markah Elektronik[sunting]
Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[15]Stadium Baru[sunting]
Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.
Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)[sunting]
Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.Tragedi 9 April 2009[sunting]
Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Mohd Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.
Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.
Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)[sunting]
Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Musuh Tradisi dan Utama[sunting]
Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.Manakala Pasukan Bolasepak Selangor Darul Ehsan (FAS) merupakan Musuh Utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini.
Liga Kelantan (Piala Presiden KAFA)[sunting]
Pasukan | Tempat |
---|---|
New City FC | Kota Bharu |
Bachok FC | Bachok |
Tumpat FC | Tumpat |
Whitesand FC | Pasir Puteh |
Goldensand FC | Pasir Mas |
Red Land FC | Tanah Merah |
Machangster FC | Machang |
Krai FC | Kuala Krai |
Jeli FC | Jeli |
Wolves FC | Gua Musang |
Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)[sunting]
Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.Liga Bola Sepak Remaja[sunting]
Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak di Negeri ini.Pencapaian[sunting]
Domestik[sunting]
Pertandingan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Malaysia | 2010, 2012 (2x) | 1955, 1970, 2009 (3x) |
Piala FA | 2012, 2013 (2x) | 2009, 2011 |
Piala Sumbangsih | 2011 | 2012, 2013 (2x) |
Liga Malaysia / Liga Bahagian 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super * Liga Tahap Satu | 2011, 2012 (2x) | 2010 |
Liga Bahagian 2 / Liga Perdana 2 / Liga Perdana * Liga Tahap Dua | 2000 | |
Piala FAM * Liga Tahap Tiga | 1953, 1954, 2005 (3x) | 1963, 1971, 1972 (3x) |
Antarabangsa[sunting]
Tahun | Pertandingan | Jaringan | Lawan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Piala AFC | 0-2 | Pusingan Ke-2 | |
2012 | Piala AFC | 1-5 & 1-1 (Kalah Agregat 2-6) | Suku Akhir | |
2011 | Unity Cup | 1-1 & 2-3 (Kalah Agregat 3-4) | Perlawanan Persahabatan |
Rekod kejayaan[sunting]
- Untuk musim 2013, sila lihat rencana Kelantan FA / 2013
Tahun | Liga | Piala FA | Piala Malaysia | Lain-Lain |
---|---|---|---|---|
2013 | Liga Super (5) | Juara | Piala Sumbangsih (Naib Juara) | |
2012 | Liga Super (Juara) | Juara | Juara | Piala Sumbangsih (Naib Juara) |
2011 | Liga Super (Juara) | Naib Juara | Suku Akhir | Piala Sumbangsih (Juara) |
2010 | Liga Super (Naib Juara) | Pusingan 2 | Juara | |
2009 | Liga Super (6) | Naib Juara | Naib Juara | |
2008 | Liga Perdana (3) * dinaikkan ke Liga Super | Pusingan 1 | ||
2007 | Liga Perdana (8) | Pusingan 2 | Peringkat Kumpulan | |
2006 | Liga Perdana (6) | Pusingan 2 | Tidak Layak | |
2005 | Piala FAM (Juara) * dinaikkan ke Liga Perdana | Suku Akhir | Tidak Layak | |
2004 | Liga Perdana (9) * disingkirkan ke Piala FAM | Pusingan 1 | Tidak Layak |
Tahun | Pertandingan | Jaringan | Lawan | Catatan |
---|---|---|---|---|
1953 | Piala FAM | 1-1 | Selangor FA | Juara Bersama |
1954 | Piala FAM | 2-1 | Combined Services | Juara |
1955 | Piala Malaysia | 1-3 | Singapura | Naib Juara |
1963 | Piala FAM | 0-7 | Singapura | Naib Juara |
1970 | Piala Malaysia | 0-1 | Perak | Naib Juara |
1971 | Piala FAM | 2-5 | Penjara (PDRM) | Naib Juara |
1972 | Piala FAM | 1-2 | Selangor FA | Naib Juara |
1985 | Piala Presiden | Sarawak FA | Juara | |
1988 | Piala Presiden | 0-2 | Selangor FA | Naib Juara |
1995 | Piala Presiden | 1-1 & 1-0 (Menang agregat 2-1) | Kuala Lumpur FA | Juara |
2000 | Liga Perdana 2 | - | - | Juara (Format Liga) |
2003 | Piala Presiden | 0-2 | Kedah FA | Naib Juara |
2005 | Piala FAM | 2-0 | Shahzan Muda FC | Juara |
Piala Agong | 2-2 (Kalah Penalti 5-6) | Pahang FA | Naib Juara | |
Piala Emas Raja-Raja | 0-1 | Kedah FA | Naib Juara | |
Piala Presiden | 1-0 | Pasir Gudang United | Juara | |
2006 | Piala Emas Raja-Raja | 5-1 | ATM | Juara |
2007 | Piala Presiden | 3-3 (Kalah penalti 4-5) | Perak FA | Naib Juara |
2009 | Piala Emas Raja-Raja | 4-0 | Pulau Pinang FA | Juara |
Piala FA | 1-1 (Kalah penalti 4-1) | Selangor FA | Naib Juara | |
Piala Malaysia | 1-3 | Negeri Sembilan FA | Naib Juara | |
2010 | Piala Emas Raja-Raja | 0-0 (Menang Penalti 4-3) | Kedah FA | Juara |
Liga Super Malaysia | 50 Mata | - | Naib Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | 2-1 | Negeri Sembilan FA | Juara | |
2011 | Piala Sumbangsih | 2-0 | Selangor FA | Juara |
Piala Presiden | 2-1 | MP Muar | Juara | |
Piala FA | 1-2 | Terengganu FA | Naib Juara | |
Liga Super Malaysia | 56 Mata | - | Juara (Format Liga) | |
Piala Agong | 3-2 | Perlis FA | Juara | |
2012 | Piala Sumbangsih | 1-2 | Negeri Sembilan FA | Naib Juara |
Piala FA | 1-0 | Sime Darby FC | Juara | |
Liga Super Malaysia | 60 Mata | - | Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | 3-2 | ATM FA | Juara | |
2013 | Piala Sumbangsih | 1-1 (Kalah penalti 3-4) | ATM FA | Naib Juara |
Piala FA | 1-0 | Darul Takzim FC | Juara |
Anugerah[sunting]
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan[sunting]
Musim | Pemain | Kategori |
---|---|---|
2012 | Persatuan Terbaik[16] | |
2012 | Pemain Paling Bernilai Supermokh | |
2012 | Penyerang Terbaik | |
2012 | Penjaga Gol Terbaik | |
2011 | Pemain Paling Bernilai Supermokh[17] | |
2011 | Penyerang Terbaik | |
2011 | Penjaga Gol Terbaik | |
2010 | Pemain Paling Bernilai | |
2010 | Penyerang Terbaik | |
2010 | Penjaga Gol Terbaik | |
2010 | Pemain Muda Terbaik | |
2010 | Jurulatih Terbaik | |
2009 | Pemain Paling Bernilai | |
2009 | Penyerang Terbaik |
Kasut Emas[sunting]
Musim | Pemain | Gol | Pertandingan |
---|---|---|---|
2007-08 | 27 | Liga Perdana | |
2000 | 12 | Liga Perdana 2 | |
1994 | 25 | Liga Perdana | |
1993 | 13 | Liga Perdana | |
1992 | 9 | Liga Bahagian 2 | |
1990 | 13 | Liga Bahagian 2 |
Anugerah Lain[sunting]
Tahun | Pemain | Anugerah | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Jaksa Pendamai (JP) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 | |
2012 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 [18] | |
2011 | Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 | |
2011 | Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 | |
2011 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 | |
2011 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 | |
2011 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 | |
2011 | Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42 |
Penaja[sunting]
Liga
| Pasukan
|
Pegawai pasukan[sunting]
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association - KAFA) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.
4.TERANGGANU DARUL